Tuesday 4 October 2016

Kraftangan Di Sabah


Assalamualaikum dan salam sejahtera selamat datang ke blog saya hari ini saya akan menerangkan jenis-jenis  kraftangan yang terdapat di pasar kraftangan di sabah.selain itu,kraftangan ini boleh didapati di kota kinabalu,sabah.

Image result for kraftangan di sabah
KRAFTANGAN BAKUL PLASTIK 
Kraftangan daripada tali plastik merupakan satu revolusi baru dalam menghasilkan produk kraftangan di Sabah dan Sarawak pada hari ini. “Kraf kreatif ini sebagai satu program ‘outreach’ Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) untuk manfaat wanita khususnya.


BARAIT
Barait dikatakan sebagai Beg Tradisional untuk kaum KadazanDusun & Murut kan. Barait mempunyai pelbagai kegunaan terutamanya untuk mengangkat barang-barang. Barait bolehlah juga dikatakan sebagai Beg Serbaguna untuk Kaum KadazanDusun & Murut suatu ketika dulu. Barait diperbuat daripada kulit rotan khas yang tumbuh berhampiran dengan anak sungai. Rotan tersebut dihiris-hiris dalam saiz yang dikehendaki sebelum dianyam. Saiz Barait ditentukan mengikut kepanjangan rotan yang dihiris, dan jumlah rotan yang dihiris. Proses pembuatan Barait mengambil masa lebih kurang 3 hari hingga seminggu. Proses pembuatannya bukan lah mudah dan hanya orang-orang tertentu sahaja yang mempunyai kemahiran.

WAKID

‘wakid’, iaitu sebuah alat sikutan tradisi suku kaum Kadazandusun dan Murut (KDM) di Sabah, Malaysia.  Sejarah kraftangan "wakid" ini dihasilakn oleh masyarakat Kadazan Dusun Murut untuk digunakan tempat memasukkan hasil tuaian padi dan seterusnya sebagai alat untuk mengangkat padi yang lepas dituai.


SIRUNG
Sirung merupakan sejenis topi yang diperbuat dari rotan atau buluh. Topi ini diperlukan untuk melindungi diri dari panas dan hujan. Bentuk topi dapat menunjukkan asal daerah seseorang itu
oleh itu ,topi ini sering ini di gunakan semasa berkebun atau ke sawah padi.